Bahan-bahan:
4 biji telur putih
350 gram gula kastor
150 gram serbuk almond
parutan kulit lemon dari 2 bijik lemon
Cara-cara:
1) pukul telur hingga ianya berbuih menggunakan mixer.
2) Masukkan gula dan teruskan memukul adunan hingga ianya agak mengeras sedikit
3) Masukkan serbuk almond dan parutan lemon tadi dan gaul rata (ketika ini saya hanya guna senduk dan kaup balikkan hingga sebati)
4) Perlahan-lahan sendukkan/paipkan adunan ke atas kertas minyak yg telah dilukis dgn gambar bulatan (saya tak lukis pun) yang telah ditabur tepung jagung - make sure jarakkan di antara satu sama lain kerana ianya akan mengembang
5) Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit atau hingga ianya masak.
NOTA : Saya guna suhu 110 darjah - 20 minit... alhamdulillah tak pecah2. Tidak meletakkan parutan lemon, tidak membubuh tepung jagung pada kertas minyak. Tanggalkan dari kertas minyak apabila telah agak sejuk. Menanggalkannya tidak la sesusah yg dibayang.. no worries. Yg penting KERTAS MINYAK ya.. bukan kertas lain2. Tunggu hingga SEJUK. Insyaallah.. ia tak mengecewakan.
Inti dia.. sesuka ati la nk bubuh apa pun... ikut citarasa anda. Nuttela pun ok.
*tips:
RefeRences:
http://sam-puansyurga.blogspot.com/2011/02/resepi-macaroons.html
No comments:
Post a Comment