Tuesday, April 19, 2011

nasi ayam madu

tak taulah kenapa anin rasa sedih arini.... =P sbb nasi ayam kot... 
Rinduku padamu tak dapat ku katakan...


bahan-bahan  untuk nasi ayam:

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu marjerin Planta(utk warna kekuningan guna brand ni)
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub knorr pati ayam
  • madu bunga (man'nga)
  • kicap pekat
  • kicap cair
  • minyak bijan
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih ,bawang merah dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, madu dan bahan2 tumisan tadi. lepas tu mandikan ayam bulat dengan air tersebut. kemudian goreng ayam sehingga keperangan(goLDEn rosted) Masaklah sehingga ayam masak.
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan,marjerin planta, garam sikit. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap, masukkan kicap cair ,kicap pekat, minyak bijan sikit. Nak guna kena goncang dulu supaya minyak sebati.
  7. untuk sup ayam guna pati ayam , bawang putih, bawang merah, halia (di blend) guna tengkuk ayam, tambah garam bergantung pada rasa. yumm...yummm... rasa dulu..


No comments:

Post a Comment