Yelah sebab ade 3 pembantu(Wanies,Anis dan Ili)
So boleh la masak byk sikit skali gus
First skali ialah kek batik moist
Resepi ni anin tgk dlm blog someone pastu arini nak try la sedap ke x
Ok bahan2 utk kek batik moist ini ialah:
KEK BATIK MOIST
Bahan2nya:
1 sudu Mentega
5 paket milo fuse
Susu cair
Susu pekat
Biskut Marrie 1 bungkus
2 biji telur
Cara membuat:
1. masukkan milo 5 peket milo fuse, susu pekat dalam sparuh tin kecil F&N dan susu cair, kalau nak moist letak lebih sikit tp jgn cair sgt
2. masukkan coklat masakan kedalam bancuhan tadi sehingga sebati
3. panaskan kuali kemudian cairkan mentega lebih kurang 1 sudu besar
4. Kemudian, bila mentega sudah cair, masukkan bancuhan milo+susu+coklat td ke dalam kuali
5. masukkan pula 2biji telur ke dalam bancuhan tadi, gaulkan smpai mendidih
6.Next,masukkan biskut marrie ke dalam bancuhan tadi
7.Gaulkan sampai biskut tadi sebati dengan bancuhan tersebut
8.Ok bila da sebati masukkan ke dalam tupperware atau loyang da mampatkan dalam bekas itu
9.Kalau da sejuk sedikit masukkan ke dalam peti untuk bagi keras dan menyedapkan lagi kek ini.
10. Setelah beberapa minit boleh lah dikeluarkan dan dipotong lalu dimakan
Ok selamat mencuba...
Untuk resepi kedua pula,puding roti
Resepi ni simple saja
PUDING ROTI
Bahan-bahannya:
6 keping roti
sedikit butter
susu cair 450ml
3 biji telur
4 sudu gula
Cara membuatnya:
1. Potong roti tadi kepada 4,tuang dahulu tepinya.
2.Kemudian sapu roti dengan butter dan susun ke dalam bekas
3.Tuang susu cair ke dalam kuali,panaskan api tapi jangan sampai mendidih
4.pukul telur bersama gula dan masukkan ke dalam susu cair tadi
5.Selepas sebati,tuangkan bancuhan ke dalam bekas yang berisi roti tadi
6.Kukus bahan tersebut kemudian sedia untuk dimakan
Nampak sedapkan tapi tadi kukus kurang masak,maybe mangkuk tu tebal sangat..
p/s:tadi anin dapat oven so lepas ni boleh la bakar membakar...kite bakor je...huhuhu
ada yang bakar ada yang di kukus... *mcm roti telur di lekat2 kan?? huhuhu
kek batik marie and puding roti..
resepi ke tiga ili tak ckp ek... huhuh...
resepi yang tak jadi
puding lembik dan biskut hancur..
No comments:
Post a Comment