Wednesday, April 27, 2011

exam nutrition 27 april 2011

    Petang tadi anin ada exam nutrition in medical science..SNT 1022- so, aper lagi prepare lah utk berperang.. huhuhu...  apa2 pun pagi2 anin bangun solat subuh anin, masak air dan masak lah apa yang ada dalam peti ais (convenient) ok.. udang kali terakhir.. makna setiap kali beli barang anin akan budget utk beberapa hari (dlm 2-3 hari je..) rasa happy kalo kita dapat berkongsi makan dengan kwn2.. maklum lah family jauh kat IPOH.. so, kwn yg dekat la jadi family.. study sama2,mkn sama2, solat sama2, dan  jogging pun sama2.. apa2 pun kat rumah anin rapat jugak dgn hanis fida, miz awind, lemon lemonade,mira shika, yien, atie, farah(early education,dari ptpl -sg petani), ieqa(bdk diploma account,baru masuk bulan ni lah..)


resepi anin nak kongsi arini ialah  
udang goreng tepung celup2:


bahan2:
udang 100 gm
tepung gandum 10 gm
tepung jagung (tepung beras ok gak) 20 gm
rempah sup, kari ikan dan daging(semua jenis rempah anin ada)
garam secukup rasa

bahan2 yang di gunakan.. =)

only white eggs

CARA-CARA:
1. celup udang dlm tepung dulu.. (tepung yang dah di sebati dgn rempah2..)
2. masukkan udang yg dah celup tepung masuk balik dalam tepung..
tukar cara.. masuk tepung dulu (resepi shiela rusly dlm ketuk2 ramadhan dulu2..)

before di goreng...

dah siap masak..



ni nur ili.. aka Eleey nuleez my taster always..


jemput makan seMUA.... anin nak makan dah.. sebab exam kul 4 -6 ptg.. kat level 603/604.. iron contain in oyster.. penting utk ibu mengandung.. prevent anemia.. masukkan unsur nutrition dlm makanan seharian kita ek..

p/s: anin happy sebab tadi masa exam anin oppsss.... nmpk dia.. tapi anin tak leh pandang dia selalu , nanti di kata meniru lak.. susah pun nk tgk sbb s............apa dah aku buat? sekali pandang terus tertawan?.. ~LOL :)

Monday, April 25, 2011

Pagi tadi anin memasak...


 oh pagi yang indah... arini anin buat udang goreng tepung.. huhuhu.. tiba2 je pagi ni anin kuarkn udang then, nak cepat udang goreng tepung la.. resepi yang ringkas dan mudah...lepas hntr masej kat ili dan anis.. diaorg tgh siap lagi.. so, anin masak lah nasi dulu... sempat kot.. janji kul 10 pagi.. rasa malas nk masak sbb tgh mood exam ni... tapi bila ada respi yang mudah macam ni... (idea dtg) segalanya mungkin.... lagipun, bkn ada klas... just study kat library je... ~XD

bahan2 yang di perlukan:
 udang 100gm
tepung kek (bluekey) 50gm
kari ikan ,kari ayam,rempah sup (sikit2 nak rasa sedap)
telur ayam size A- sebiji
garam secukup rasa


cara-cara:
1. pukul telur , masukkan tepung, garam, rempah2..
2. goreng lah dalam api yang sederhana dan minyak yang cukup..
3. hidangkan (anin bungkus la letak dlm tupperware utk di bawa ke kolej)

masukkan rempah2 dalam tepung yg sudah bercampur dgn telur tadi..

udang yang kita gunakan ini size XL- RM 20.90 sekilo


ini rupa udang yang sudah di salut tepung before di goreng dalam minyak
Lurve affair prawn.. =P
ini hasilnya, itupun lupa nk amik gambar sebenarnya.. sampai kat U-cafe baru amik gambar.. heheheh

inilah udang yang dah sedia utk di makan...

beli sayur(kacang panjang ,kobis & terung goreng telur) dengan kuah je.. sayur RM2.00~ nasi anin masak...
selamat mencuba..
Niat di hati nk mkn dgn tomyam, kailan ikan masin...tapi, kat u-cafe takde lak.. so, terima jelah apa yg ada...

Sunday, April 24, 2011

diNNer -western food ..

Lasagna ok gak utk dinner... boleh di potong2 then makan ramai2... dulu mak request anin n kak janna buat kat umah.. mak beli bahan kami yang mamasak.. dengan video ni mudah utk anda faham dan memasak manjadi mudah bukan?? ~huhuhu (~_+)
memandangkn oVeN ada kat umah kn?? hihihi


Ingredients: (serves 8)

2 teaspoons olive oil
1 large onion finely chopped
2 carrots peeled and finely chopped
2 celery sticks, finely chopped
1 zucchini finely chopped
1 tbs garlic paste
500g or 1lb of lean beef mince
2 cans crushed tomatoes
1 and ½ cups beef stock
2 tbs tomato paste
2 tsp dried oregano
Instant Lasagna sheets


Cheese Sauce:



1/3 cup cornflour
3 cups skim milk
100g cheddar cheese grated



Nutrition per serve:



Energy:



1885KJ or 450cal per serve

Saturday, April 23, 2011

teringin nak buat MACAROON

 


Bahan-bahan:

4 biji telur putih
350 gram gula kastor
150 gram serbuk almond
parutan kulit lemon dari 2 bijik lemon

Cara-cara:

1) pukul telur hingga ianya berbuih menggunakan mixer.
2) Masukkan gula dan teruskan memukul adunan hingga ianya agak mengeras sedikit
3) Masukkan serbuk almond dan parutan lemon tadi dan gaul rata (ketika ini saya hanya guna senduk dan kaup balikkan hingga sebati)
4) Perlahan-lahan sendukkan/paipkan adunan ke atas kertas minyak yg telah dilukis dgn gambar bulatan (saya tak lukis pun) yang telah ditabur tepung jagung - make sure jarakkan di antara satu sama lain kerana ianya akan mengembang
5) Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit atau hingga ianya masak.

NOTA : Saya guna suhu 110 darjah - 20 minit... alhamdulillah tak pecah2. Tidak meletakkan parutan lemon, tidak membubuh tepung jagung pada kertas minyak. Tanggalkan dari kertas minyak apabila telah agak sejuk. Menanggalkannya tidak la sesusah yg dibayang.. no worries. Yg penting KERTAS MINYAK ya.. bukan kertas lain2. Tunggu hingga SEJUK. Insyaallah.. ia tak mengecewakan.

Inti dia.. sesuka ati la nk bubuh apa pun... ikut citarasa anda. Nuttela pun ok.

*tips:

  • Biarkan permukaan macaroons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 1/2 jam sebelum dibakar.

  • * Pastikan di dalam mangkuk yang bakal kita letakkan putih telur, tiada air/bendasing. Kena kering betul. Semasa mengasingkan telur, pastikan kuning telur langsung tidak bercampur dalam putih telur. 

  • *Juga pastikan tidak menggunakan telur yang lama & pecah kuning telurnya.

  • ini cara nak buat meringue... tapi tambah bahan serbuk almond or hazel nuts.



  • RefeRences: 
    http://sam-puansyurga.blogspot.com/2011/02/resepi-macaroons.html

    resepi pancake - plagiarism dari myresepi huhuhu....

    saja nak test resepi ni.. sesuai utk breakfast dan mkn petang.. malam ok gak..

    Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

    • 115g Tepung Gandum
    • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
    • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
    • 25g Butter
    • 1 biji Telur
    • 150ml Susu Segar
    • 1 sudu besar Gula
    • Secubit Garam (bagi rasa lemak2..)

    Cara-cara

    1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah 
    2. Dsc02688
       Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni...
    3. Dsc02689
      masukkan butter dan gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.
    4. Dsc02692
       Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.
    5. Dsc02693
       Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.
    6. Dsc02699
       Tengok ni betapa gebu nya texture pancake ni. Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.
    7. Pancake_syrup
       Nak letak gambar maple syrup utk yg bertanya tapi dah habis pulak. So, kat sini Along letak lah gambar pancake syrup (Sorry, yg ni pun hampir habis, tinggal suku botol je.... ni sebab anak2 selalu je makan pancake & waffle). Nanti bila dah beli maple syrup, Along akan letakkan gambar nya pulak.
    8. Blueberry_syrup
       Ini pulak blueberri syrup, my boys' favourite mkn dgn pancake & waffle. Dah nak habis baru sempat ambik gamba.
    9. Krim_of_tartar
       Untuk yg bertanya, ini dia gambar krim tartar. Ianya serbuk putih.










    bahan2 dan hasil yang anin buat hari tu.. shiqiin dan kai katanya nak cuba2 buat pankek ni.. senang je..
     cara anin pulak :
    1. masukan semua bahan telur yang sudah dipukul,gula (tak perlu byk sbb kita nak guna madu bila nk mkn kn?),tepung kek, garam sikit sangat,susu dan butter.. anin main agak2 je semua ni.. gaya mcm nk buat kek la... =)
    bahan2 yang di perlukan
    * p/s: kalo ada tepung kek tak perlu nk letak serbuk penaik dgn tartar tu.. senang kerja..



    pukul telur dengan garpu jelah...

    semua dah digaul rapi.. bila kita letak butter, memudahkn kerja kita memasak..
    * tips: tak perlu nk letak butter kat pan.. butter dlm adunan akan cair dan buat pancake kita tak melekat kat kuali lo.. 

    frying pan takde so, guna kuali jelah ek.. =P

     alamak terlebih sudah... 

    Friday, April 22, 2011

    puding roti, kek batik moist---nyummy

    Hari ini 3 resepi baru akan anin kongsi
    Yelah sebab ade 3 pembantu(Wanies,Anis dan Ili)
    So boleh la masak byk sikit skali gus


    First skali ialah kek batik moist
    Resepi ni anin tgk dlm blog someone pastu arini nak try la sedap ke x
    Ok bahan2 utk kek batik moist ini ialah:


    KEK BATIK MOIST


    Bahan2nya:
    1 sudu Mentega
    5 paket milo fuse
    Susu cair
    Susu pekat
    Biskut Marrie 1 bungkus
    2 biji telur


    Cara membuat:

    1. masukkan milo 5 peket milo fuse, susu pekat dalam sparuh tin kecil F&N  dan susu cair, kalau nak moist letak lebih sikit tp jgn cair sgt
    2. masukkan coklat masakan kedalam bancuhan tadi sehingga sebati
    3. panaskan kuali kemudian cairkan mentega lebih kurang  1 sudu besar
    4. Kemudian, bila mentega sudah cair, masukkan bancuhan milo+susu+coklat td ke dalam kuali
    5. masukkan pula 2biji telur ke dalam bancuhan tadi, gaulkan smpai mendidih
    6.Next,masukkan biskut marrie ke dalam bancuhan tadi
    7.Gaulkan sampai biskut tadi sebati dengan bancuhan tersebut
    8.Ok bila da sebati masukkan ke dalam tupperware atau loyang da mampatkan dalam bekas itu
    9.Kalau da sejuk sedikit masukkan ke dalam peti untuk bagi keras dan menyedapkan lagi kek ini.
    10. Setelah beberapa minit boleh lah dikeluarkan dan dipotong lalu dimakan
    Ok selamat mencuba...
     ok entry ni cik ili http://sweet-candy1312.blogspot.com/ yg tulis sbnrnya... saya edit ek...


    Untuk resepi kedua pula,puding roti
    Resepi ni simple saja

    PUDING ROTI

    Bahan-bahannya:
    6 keping roti
    sedikit butter
    susu cair 450ml
    3 biji telur
    4 sudu gula

    Cara membuatnya:
    1. Potong roti tadi kepada 4,tuang dahulu tepinya.
    2.Kemudian sapu roti dengan butter dan susun ke dalam bekas
    3.Tuang susu cair ke dalam kuali,panaskan api tapi jangan sampai mendidih
    4.pukul telur bersama gula dan masukkan ke dalam susu cair tadi
    5.Selepas sebati,tuangkan bancuhan ke dalam bekas yang berisi roti tadi
    6.Kukus bahan tersebut kemudian sedia untuk dimakan

    Nampak sedapkan tapi tadi kukus kurang masak,maybe mangkuk tu tebal sangat..

    p/s:tadi anin dapat oven so lepas ni boleh la bakar membakar...kite bakor je...huhuhu

    ada yang bakar ada yang di kukus...  *mcm roti telur di lekat2 kan?? huhuhu


    kek batik marie and puding roti..

    resepi ke tiga ili tak ckp ek... huhuh...
    resepi yang tak jadi
    puding lembik dan biskut hancur..







    Thursday, April 21, 2011

    puding roti marble?

     puding roti marble
    check la resepi ni dlm youtube... tapi, bahan2 tak cukup.. takde serbuk agar-agar..

    Tuesday, April 19, 2011

    nasi ayam madu

    tak taulah kenapa anin rasa sedih arini.... =P sbb nasi ayam kot... 
    Rinduku padamu tak dapat ku katakan...


    bahan-bahan  untuk nasi ayam:

    Bahan-bahan ( 2 orang )

    • 2 cawan beras
    • 1/4 bawang besar
    • 2 sudu marjerin Planta(utk warna kekuningan guna brand ni)
    • sehelai daun pandan
    • 2 kiub knorr pati ayam
    • madu bunga (man'nga)
    • kicap pekat
    • kicap cair
    • minyak bijan
    • 1/2 ekor ayam
    • 1 sup bunjut adabi
    • sos tiram
    • 1/2 sudu serbuk lada putih
    • 1/2 inci halia
    • 3 ulas bawang putih
    • [hiasan]
    • daun bawang
    • daun sup
    • bawang goreng
    • daun salad/timun

    Cara-cara

    1. Bersih ayam. Potong ikut suka
    2. Tumbuk bawang putih ,bawang merah dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
    3. Masukkan air, madu dan bahan2 tumisan tadi. lepas tu mandikan ayam bulat dengan air tersebut. kemudian goreng ayam sehingga keperangan(goLDEn rosted) Masaklah sehingga ayam masak.
    4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan,marjerin planta, garam sikit. Masak seperti biasa.
    5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
    6. Untuk sos kicap, masukkan kicap cair ,kicap pekat, minyak bijan sikit. Nak guna kena goncang dulu supaya minyak sebati.
    7. untuk sup ayam guna pati ayam , bawang putih, bawang merah, halia (di blend) guna tengkuk ayam, tambah garam bergantung pada rasa. yumm...yummm... rasa dulu..


    Thursday, April 14, 2011

    no Mood

    gara-gara http://sweet-candy1312.blogspot.com/ buat link kat account dia.. 
    anin nak ckp sikit la... tak byk anin janji..
    huhuhu....
    minggu ni busy sikit.. anin rasa tak sesuai nk tgk2 blog ni..
    so, sharelah resepi dlm buku2 je... nk upload, nk edit2.. so, apa anda fikir tentang..
    "you r ,what u EAT"

    Monday, April 4, 2011

    break--faSt.....

    antara breakfast yang sempat anin rakam before dimakan... hahaahhaha
     roti canai di Lombong,kg manjoi

     roti pratha bakar kat rumah..ngan hotdog cheese ayamas..
    nasi goreng ayam kunyit...first time makan sedap gak la...

    sedap ni.. biG apple ..almond