Thursday, March 31, 2011

secara kebetulan....

Sekarang short sem, dah start dari 28 mac yg lalu..


 so ada 2 subjek anin amik nutrition in medical science & report writing and research design.. macam ada kena mengena je dengan apa yang anin minat.. hohohoho... amik gambar makanan.. dan kebetulan innershine skrg ada contest tulis essay "impian perkahwinan anda" so macam report writing la.. hohoho... pertandingan tamat 30 April 2011~ so hurry up pengantin2 sekalian..

dah siap-resepi agar-agar mangga ada ke ek?

puding mangga/agar-agar mangga
Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga masak
  • 1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
  • 2 cawan susu - anin gune susu anlene
  • 1/2 cawan air + 2 sudu gula halus (pemanis jgn byk sbb nk letak susu n mangga (manis buah))
  • 1 sudu kecil esen vanila-tak letak pun takpe..
Cara-cara:

  • Mula-mula kisar buah mangga dengan air. Ketepikan.
  • Tuangkan susu cair dalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar.
  • Kacau hingga semuanya sebati.
  • Setelah mendidih masukkan mangga kisar dan esen vanila.
  • Kacau sebati dan rata.
  • Tuangkan dalam acuan dan sejukkan.

Tuesday, March 29, 2011

Monday, March 21, 2011

Anin cuti sem 4-tolonG mak Kat kedai..

sAmbal TuMis UdaNG PeTai

Bahan-bahan ( 1 mangkuk kecil )
  • Lebih kurang 300g Udang (ikut suka nak guna saiz kecil/besar)
  • 1-3 keping petai - di kopek
  • 4-5 ulas bawang merah kecil
  • 6-7 sudu besar cili kering mesin - bubuh lebih kalau nak lebih sambal/kuah
  • Seketul kecil belacan
  • Sedikit asam jawa
  • 1/2 - 1 biji bawang besar - hiris tebal membulat
  • Garam, gula- sesudu kecil

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili kisar. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi.
  2. goreng udang dgn minyak yang sedikit untuk mengeringkn isi udang agar isi menjadi kenyal sikit dan tak lembik.
  3. Masukkan petai, udang, bawang besar, garam & gula secukup rasa. Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga petai betul2 masak.
  4. Fuh! sedap kalo makan dgn nasi panas, ulam-ulaman dan kicap masin...

SaMbAL tumIs soToNG

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 5 ekor sotong
  • 1 bj bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15 tangkai lada kering
  • 1 st kicap pekat
  • 1 senduk minyak masak
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Sotong dibersihkan & disiang.
  2. Lada kering,bawang besar,bawang putih dan halia di kisar halus.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15minit.
  4. Masuk sotong dan gaulkan rata. Masuk pula kicap pekat,garam & gula secukup rasa. Gaul sekata selama 5minit dan terus angkat alihkan dari kuali. Jgn masak lama2 kerana sotong akan keras & kecut.

 SeLAMAt MEncuba rakan-rakan...