Wednesday, September 28, 2011

makan di mana?

ok arini makan kat rumah je.. maklum lah semalam balik lewat pagi...pegi study kat KFc, federal highway..
kuar dlm kul 9 mlm... sampai kul 2pagi lkot... penat lah jugak.. sib baik kelas arini kul 2 ptg.. i'm not use to study late night.. but sbb kesejukkan kat sini.. takdelah ngantuk sgt..


nasi putih + tomato buah+kacang panjang  + ayam KFC

laksa pasar mlm depan perdana.. rm3.50.. 

Monday, September 12, 2011

resepi nasi lemak sihat.. =P

baca satu website tu... macam best je.. dah le tgh lapar ni... huhuhu
NASI LEMAK


Resepi Sihat: Cara Menyediakan Nasi Lemak


Bahan-bahan
a) Untuk nasi
  • 270 g (1 3/4 cawan) beras
  • 40 g (4 ulas) bawang merah, dimayang
  • 5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang
  • 200 ml (1 cawan) air
  • 350 ml (1 3/4 cawan) santan cair diperah daripada 1/4 biji kelapa
  • 20 g (2 helai) daun pandan
  • 3 g (1/2 sudu teh) garam
b) untuk sambal tumis
  • 20 g (20 biji) cili kering
  • 5 g (1 ulas) bawang putih
  • 40 g (4 ulas) bawang merah
  • 90 g (1 biji) bawang besar dihiris nipis
  • 25 g (1 sudu makan) asam jawa dibancuh dengan 60 ml air
  • 3 g (1/2 sudu teh) garam
  • 10 g (1 sudu) gula
  • 20 g (2 sudu makan) minyak sayuran
c) untuk ikan bilis dan kacang
  • 30 g ikan bilis, dibuang kepala dan perut
  • 50 g kacang tanah
d) untuk kangkung
  • 60 g (4 pokok) kangkung, dipotong
  • 125 ml (3/4 cawan) air
e) bahan untuk dihidangkan bersama dengan nasi lemak
  • 50 g (1 biji)telur direbus
  • 250 g (1 biji saiz kecil) timun, dipotong bulat
Cara memasak nasi
  1. Basuh beras.
  2. Masukkan air, santan cair, bawang merah, bawang putih, daun pandan dan garam.
  3. Masakkan nasi.
Nota: Untuk memudahkan memasak nasi disarankan penggunaan periuk elektrik. Tudung periuk ditutup dengan kain nipis untuk mengekalkan keharuman nasi.
Cara memasak sambal tumis
  1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga masak atau harum.
  2. Masukkan bawang besar. Kacau.
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. Biarkan ia mendidih.
  4. Masukkan gula dan garam. Angkat.
Cara menyediakan ikan bilis dan kacang tanah
  1. Bersihkan ikan bilis dan kacang tanah.
  2. Bakar kedua-dua sekali pada ketuhar 170 C selama 30 minit atau sehingga rangup.
Cara menyediakan kangkung
  1. Didihkan air. Masukkan kangkung ke dalamnya selama 1 minit.
  2. Angkat, tapis dan toskan.
Resepi ini rendah lemak, tinggi karbohidrat kompleks, tinggi kalsium dan tinggi serat. Santan boleh diganti dengan susu rendah lemak atau susu skim.
Walaupun penggunaan santan adalah paling minima, rasa dan bau nasi masih kekal kerana penggunaan perasa asli iaitu daun pandan.

Kandungan nutrien setiap satu hidangan
Kalori : 491 kcal
Lemak : 21 g
Protein : 14 g
Kolesterol : 38 mg
Kalsium : 92 mg
Zat besi : 3.9 mg

thanks to: http://psipum.org/resepi-sihat-cara-menyediakan-nasi-lemak/