Saturday, November 19, 2011

video-picture

huhuhu.. kembali ke shah alam adalah suatu mimpi ngeri anin... i can keep my head on track.. please-please.. be nice to me dear MOOD... anin menangis time memandu jumaat lepas
18 Nov 2011- lepas salam mum & dad dan breakfast kat luar..


tapai- mum say.. pagi2 ni tapai baru ni.. panas lagi..
baru sedap..

we are eating together-

tmn keledang, tepi masjid

keu tiaw kicap..

kacau-kacau baru boleh makan...

nak betik... dapat pisang embun- mum say
"betik dah abis lah sayang..."

nasi goreng ayam kunyit.. my mum say
"ni mkn favourite nabilah kalo dtg sini..." hihihihi

at last,dapat gak mak beli betik kat pasar...
tunggu betik kat halam rumah.. tak masak2 lagi...

capital letter "J" for family J-Jinan-Janita-Jasnani-Jafrul-Jannatul

nasi lemak for supper- lepas baca yassin kat surau- dpt makan
burger malaysia tu tak berapa sedap-my mum say "terlebih yeast... rasa masam"
putu sedap- i like putu- kelapa dia pun ok.. tak basi ,mcm anin penah beli kat pasar mlm depan perdana..

bila i request mum usually say" kita beli jelah lemang kat tepi jalan tu... tak payah nak bakar2"
then, tiba2 mak willing suh dad & me bakar lemang?? waaahahah...
kak nani dah beli pulut kt padang besar.. kita masak lemang lah... but mom, pulut tu sekilo je...
kita buat puut kuning jelah.... ~XD
patik menurut perintah tuanku..

nak cari kayu api- ask me.. anin suka pegi tarik2 daun pokok pisang buat sumber bahan api yg bagus
cepat je api marak-bila dah marak.. susunlah kayu atas dia.. bakar -BAKar..

berjelaga kulit ku- burn-kena haba api2 ni..

rosselle...-di hadapan rumah je... petik2... kupas2...
edisi akan dtg anin cerita mcmne nak buat air roselle ek... insya-allah..

what is this ariff?? nak rasa??

suap nabilah pulak.... sampai juling di buatnya...

blueberry cheese tart..- belum masak...

mum always be my mentor.. masak2.. she the one

roti canai tepi lombong- view sekolah 

family breakfast

sedap roti canai ni.. crispy...  + planta
 melayu masak yer.. bkn mamak mcm kat shah alam ni..

kek for tiramisu- my mum say " nak beli mascarpone mahal- RM32-250gm"
so, mum buat kek dia je.. biskut-meragui kehalalannya..(lady fingers)

char kue tiaw- my mum say
" kecik nya udang2 dia bagi... kalo kat dataran DBI tu besar sikit.."
mum.. tu malam baru bukak...-mak ckp mcm tu anin tak nak mkn tengahari lah...(gaya menggugut)
tiba2 mak beli makan tengahari anin ckp " mak... boleh tak anin nak mkn tengahari??? hehhehehe "(sambil tersenyum -mengadu- maklumlah aku ni kuat mkn.. mana boleh tak mkn tengahari kan...)

Milo kosong- no sugar-no milk

lepas mkn char kue tiaw mkn lempeng pisang pulak...
bila mak nak buat ek?? boleh rumah kita bwk pokok pisang.. tapi, kena beli pisang..
dia guna pisang awak je...

she always be beside him..

wah... tosai planta dah sampai... my mum say
"makan lah dulu..." mak selalu macam ni.. mak amik lah dulu...

tak pe... kan dah sampai...

dad makan tak nmpk org kiri kanan dah..

finish already..

nasi beriani salim- RM7 sepinggan- bungkus bwk balik lepas beli minyak hitam utk kereta..
makan kat rumah boleh tambah2... mak beli 3 bungkus.. sebungkus pun boleh kongsi 2 orang..
teringat masa kat mekah kan mak??


haRi jumaat mak tanya.. " anin rasa nak makan apa breakfast ni??" nak mkn kat rumah...
mak buat tak dgr je... bisik ku- mak malas nak layan kerenah anak bongsunya la tu... hiihihihihi...
asyik makan kat luar je... mak reply " kita makan luar la.. lagipun, kita bertiga je.. tak salah la kalo nak berbelanja lebih... "
hurmm.. betul gak, mak tak perlu lah nak bersusah nak masak- nak kemas-membasuh pinggan mangkuk..

mak tny lagi " anin bwk kereta mak ikut sekali.. nanti bapak balik kita gi mkn sekali "
aku bawa mak pergi makan?? " mak tak tunggu bapak ke? tny tempat nk makan..??"
takpe.. u decide.. huhuhu... " mak decide lah.. mak rasa nak bagi anin mkn apa??"
 anin nak mkn keu tiaw?? kat masjid tu? - dlm fikiranku mak nak bwk ku makan roti canai tepi lombong.. ternyata meleset... huhuhu... ni mesti mak teringat kata2 ku " asyik roti canai je..." hihihi.. ku ketawa sendiri..

JOM MAKAN...

nah.. mak suap anin makan... 
rupa2nya kat kedai tu hari jumaat ni ada sedekah kuih setiap meja..


orang sedekah kuih tiap meja.. kebetulan kami ni 3 org oklah tu.. 
sorang satu.. =P

dad selalunya keu tiaw goreng.. arini keu tiaw kari lak...
variety.. =D

anin ngan mak macam biasa gi kedai tu makan keu tiaw kicap jugak..
satu kuah kari , satu sup..

YUmmM...
thanks mum.. anin kenyang sampai shah alam.. huhuh.. masa drive tu sebenarnya anin 
ngantuk gak la... walaupun dah tidur awal khamis tu... =P
nasib ada gula2... lepas tu anin berhenti kat R & R Tapah beli air mineral
botol kecik RM1 & botol besar RM1.50
go to toilet /wash room


Wednesday, September 28, 2011

makan di mana?

ok arini makan kat rumah je.. maklum lah semalam balik lewat pagi...pegi study kat KFc, federal highway..
kuar dlm kul 9 mlm... sampai kul 2pagi lkot... penat lah jugak.. sib baik kelas arini kul 2 ptg.. i'm not use to study late night.. but sbb kesejukkan kat sini.. takdelah ngantuk sgt..


nasi putih + tomato buah+kacang panjang  + ayam KFC

laksa pasar mlm depan perdana.. rm3.50.. 

Monday, September 12, 2011

resepi nasi lemak sihat.. =P

baca satu website tu... macam best je.. dah le tgh lapar ni... huhuhu
NASI LEMAK


Resepi Sihat: Cara Menyediakan Nasi Lemak


Bahan-bahan
a) Untuk nasi
  • 270 g (1 3/4 cawan) beras
  • 40 g (4 ulas) bawang merah, dimayang
  • 5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang
  • 200 ml (1 cawan) air
  • 350 ml (1 3/4 cawan) santan cair diperah daripada 1/4 biji kelapa
  • 20 g (2 helai) daun pandan
  • 3 g (1/2 sudu teh) garam
b) untuk sambal tumis
  • 20 g (20 biji) cili kering
  • 5 g (1 ulas) bawang putih
  • 40 g (4 ulas) bawang merah
  • 90 g (1 biji) bawang besar dihiris nipis
  • 25 g (1 sudu makan) asam jawa dibancuh dengan 60 ml air
  • 3 g (1/2 sudu teh) garam
  • 10 g (1 sudu) gula
  • 20 g (2 sudu makan) minyak sayuran
c) untuk ikan bilis dan kacang
  • 30 g ikan bilis, dibuang kepala dan perut
  • 50 g kacang tanah
d) untuk kangkung
  • 60 g (4 pokok) kangkung, dipotong
  • 125 ml (3/4 cawan) air
e) bahan untuk dihidangkan bersama dengan nasi lemak
  • 50 g (1 biji)telur direbus
  • 250 g (1 biji saiz kecil) timun, dipotong bulat
Cara memasak nasi
  1. Basuh beras.
  2. Masukkan air, santan cair, bawang merah, bawang putih, daun pandan dan garam.
  3. Masakkan nasi.
Nota: Untuk memudahkan memasak nasi disarankan penggunaan periuk elektrik. Tudung periuk ditutup dengan kain nipis untuk mengekalkan keharuman nasi.
Cara memasak sambal tumis
  1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga masak atau harum.
  2. Masukkan bawang besar. Kacau.
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. Biarkan ia mendidih.
  4. Masukkan gula dan garam. Angkat.
Cara menyediakan ikan bilis dan kacang tanah
  1. Bersihkan ikan bilis dan kacang tanah.
  2. Bakar kedua-dua sekali pada ketuhar 170 C selama 30 minit atau sehingga rangup.
Cara menyediakan kangkung
  1. Didihkan air. Masukkan kangkung ke dalamnya selama 1 minit.
  2. Angkat, tapis dan toskan.
Resepi ini rendah lemak, tinggi karbohidrat kompleks, tinggi kalsium dan tinggi serat. Santan boleh diganti dengan susu rendah lemak atau susu skim.
Walaupun penggunaan santan adalah paling minima, rasa dan bau nasi masih kekal kerana penggunaan perasa asli iaitu daun pandan.

Kandungan nutrien setiap satu hidangan
Kalori : 491 kcal
Lemak : 21 g
Protein : 14 g
Kolesterol : 38 mg
Kalsium : 92 mg
Zat besi : 3.9 mg

thanks to: http://psipum.org/resepi-sihat-cara-menyediakan-nasi-lemak/