Wednesday, September 28, 2011

makan di mana?

ok arini makan kat rumah je.. maklum lah semalam balik lewat pagi...pegi study kat KFc, federal highway..
kuar dlm kul 9 mlm... sampai kul 2pagi lkot... penat lah jugak.. sib baik kelas arini kul 2 ptg.. i'm not use to study late night.. but sbb kesejukkan kat sini.. takdelah ngantuk sgt..


nasi putih + tomato buah+kacang panjang  + ayam KFC

laksa pasar mlm depan perdana.. rm3.50.. 

Monday, September 12, 2011

resepi nasi lemak sihat.. =P

baca satu website tu... macam best je.. dah le tgh lapar ni... huhuhu
NASI LEMAK


Resepi Sihat: Cara Menyediakan Nasi Lemak


Bahan-bahan
a) Untuk nasi
  • 270 g (1 3/4 cawan) beras
  • 40 g (4 ulas) bawang merah, dimayang
  • 5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang
  • 200 ml (1 cawan) air
  • 350 ml (1 3/4 cawan) santan cair diperah daripada 1/4 biji kelapa
  • 20 g (2 helai) daun pandan
  • 3 g (1/2 sudu teh) garam
b) untuk sambal tumis
  • 20 g (20 biji) cili kering
  • 5 g (1 ulas) bawang putih
  • 40 g (4 ulas) bawang merah
  • 90 g (1 biji) bawang besar dihiris nipis
  • 25 g (1 sudu makan) asam jawa dibancuh dengan 60 ml air
  • 3 g (1/2 sudu teh) garam
  • 10 g (1 sudu) gula
  • 20 g (2 sudu makan) minyak sayuran
c) untuk ikan bilis dan kacang
  • 30 g ikan bilis, dibuang kepala dan perut
  • 50 g kacang tanah
d) untuk kangkung
  • 60 g (4 pokok) kangkung, dipotong
  • 125 ml (3/4 cawan) air
e) bahan untuk dihidangkan bersama dengan nasi lemak
  • 50 g (1 biji)telur direbus
  • 250 g (1 biji saiz kecil) timun, dipotong bulat
Cara memasak nasi
  1. Basuh beras.
  2. Masukkan air, santan cair, bawang merah, bawang putih, daun pandan dan garam.
  3. Masakkan nasi.
Nota: Untuk memudahkan memasak nasi disarankan penggunaan periuk elektrik. Tudung periuk ditutup dengan kain nipis untuk mengekalkan keharuman nasi.
Cara memasak sambal tumis
  1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga masak atau harum.
  2. Masukkan bawang besar. Kacau.
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau sehingga sebati. Biarkan ia mendidih.
  4. Masukkan gula dan garam. Angkat.
Cara menyediakan ikan bilis dan kacang tanah
  1. Bersihkan ikan bilis dan kacang tanah.
  2. Bakar kedua-dua sekali pada ketuhar 170 C selama 30 minit atau sehingga rangup.
Cara menyediakan kangkung
  1. Didihkan air. Masukkan kangkung ke dalamnya selama 1 minit.
  2. Angkat, tapis dan toskan.
Resepi ini rendah lemak, tinggi karbohidrat kompleks, tinggi kalsium dan tinggi serat. Santan boleh diganti dengan susu rendah lemak atau susu skim.
Walaupun penggunaan santan adalah paling minima, rasa dan bau nasi masih kekal kerana penggunaan perasa asli iaitu daun pandan.

Kandungan nutrien setiap satu hidangan
Kalori : 491 kcal
Lemak : 21 g
Protein : 14 g
Kolesterol : 38 mg
Kalsium : 92 mg
Zat besi : 3.9 mg

thanks to: http://psipum.org/resepi-sihat-cara-menyediakan-nasi-lemak/

Monday, August 8, 2011

ramadhan menjelma...

nak beli karipap... tiba2.. jumpa benda ni... oh! tidak.. nak beli ar..
RM2- 5 biji/ketul
strawberry-nenas-kaya


tako credit by ili...
huhuhu.... (my favourite ni..) anin panggil dia kuih sengkuang cina..
tapi, ili punya ni takde apa2.. instant katanya..

 yumm..yummm...

ayam goreng kunyit je... tiba2.. gas dah abis... ~LOL

kacang botol kak ayu..

Thursday, June 30, 2011

smlm israq-mikraj.. so, arini saje nak mengupdate..

sardin

Tuesday, June 28, 2011

anin tringin nak buat ini...

thousand of layer to make a puff pastry??
"OMG"- oh menarik giler... merepek lah kalo nak buat ni.. time cuti2 boleh gak la.. banyak masa..
so, kalo teringin sangat beli je yang dah siap dough kat kedai bakery.. heheheh ~seem waant to buy je anin ni..~LOL kat cake confectionery kan ada.. aritu beli egg tart- RM1.90 piece- anin beli 4 biji hehehe.. sedap gak la.... sbb mak selalu pesan " apa yang anin nak makan beli je... jgn sekat.. sementara masih di beri nikmat untuk makan.. makan.. jangan kedekut sangat bab makan ni.." huhuhu... jom masak2..

huhuhu... entah kena sejak-menjak ni.. anin teringin nak makan macam2 lah... aritu masa ada taaruf minggu lepas + talkshow hari bapa anin teringin nak mkn nasi ayam... Nasi aYam kat mana sedap ek?? tapi, memandangkan ceramah tu abis lepas isyak' dlm kul 9 lebih.. kitaorg pun terbantut nak keluar.. lepas solat terus balik rumah.. nak tido.. penat kot.. ili puasa anin teman je.. berbuka bihun goreng yg PMIMSU bagi.. nak minu teh o' dia rasa lain mcm je... *opPs....- 
lepas tu ari isnin lepas anin teringin nak makan tosai pulak... siap tulis kat note GIT lagi... tiba2 je.. lapar sangat ni.. urrmmm.. sedapnya terasa kerangupan -crispy nya tosai marjerin.. tambah pulak dgn kuah kelapa dia.. uish... faveret kak nani ni... anin pun berjangkit gak... heheheh.... sebenarnya tak semua kedai dapat buat tosai yang sedap.. sbb anin penah gak rasa tosai tak sedap.. mcm kat safa,damansara tosai dia masam..(amybe time anin gi tu diaorg rendam kacang hitam tu lama sangat) apa2 pun.. tosai kat ipoh , silibin tu sedaaaappp.... rugilah tak mencuba.. mak.. anin nak balik nk makan SEMUA mkn kat sana... heheheh

resepi tosai:

Bahan-bahan ( 10 keping tosai )

  • 2 cwn beras -rendam 8 jam
  • 1 cwn aluthu - rendam 8 jam
  • 1 kepal nasi
  • sedikit garam
  • minyak masak
  • 1/2 labu bwg besar

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan dengan blander hingga halus. masukkan sedikit air semasa blender. air agak-agak padan dengan bahan2 yang nak di kisarlah. kadar kecairan adunan spt apam tapai atau bg yang biasa buat apam lenggang macam tu la
  2. masukkan garam dan kacau rata
  3. peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik
  4. culup bwg dgn minyak dan sapu atas kuali rata atau non stick pan
  5. kacau2 adunan tadi. ambil lebih kurang 1 cwn atau 1 senduk adunan dan rata2kan atas kuali anda. masak dgan api perlahan atau sederhana.


semalam lak diaorg ckp arini , rabu ada gathering BMS untuk farewell party Dr Reza lecturer kitaorg.. so, nak masak apa ek?? heheheh... smlm baru buat Che mek molek.. yang ubi keledek di lenyek dlm dia ada gula tu.. =D bagilah sorg sikit... masa dlm lab dah diaorg makan.. ish3... kebulur apa?? hehehe.. entahlah anin tak taulah nak buat apa untuk petang kang.. lepas kitaorg tak jadi swimming smlm anin dah rancang nak buat sardin roll.. wooo-ho.... tiba2 bangun pagi- kalo ada kelas ni.. anin tibai jelah sandwich -kalo tak sempat sangat.. bwk je roti + sardin + butter= buat kat tasik.. hahhaha
sekali k.soleha msg kata "no class and lab for both genetic & haemo today. pls inform others as well,tq."
waaa.... sempat beli pampas puff pastry ni... hehehe *anin2.. budget2 please... ari ahad aritu dah abis dekat rm50, semalam gi tesco extra lagi rm20...huhuhu... mcmne ni?? boros sangat lah... 


dah dililit-lilit pada kon


dah di sapu kuning telur di luarnya... nyumm-nyumm..

nilah hasilnya bila di bakar... =D

dah siap... lagi sedap... rangupnya... hurmmm.... intinya macam karipap..